Thursday, August 21, 2008

MELAYU

puisi ini adalah karya seniman Negara Allahyarham Usman Awang.


MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
nakalnya bersulam jenaka
budi bahasanya tidak terkira
kurang ajarnya tetap santun
jika menipu pun masih bersopan.


Melayu itu berani jika bersalah
kecut takut kerana benar

Janji simpan di perut
selalu pecah di mulut
Biar mati adat
jangan mati anak.


Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
malah mu'alaf bertakrif Melayu.


Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
melorongkan jalur sejarah zaman
begitu luas daerah sempadan
sayangnya kini segala kehilangan.


Melayu itu kaya falsafahnya
kias kata bidal pusaka
akar budi bersulamkan daya
gedung akal laut bicara.


Malangnya Melayu itu kuat bersorak
terlalu ghairah pesta temasya
sedangkan kampung telah tergadai
sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual.


Meski telah memiliki telaga
tangan masih memegang tali
sedang orang mencapai timba
berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi.

Walaupun sudah mengenal universiti
masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
menikam dengan pantun
menyanggah dengan senyum
marahnya dengan diam
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak.


Watak Melayu menolak permusuhan
setia dan sabar tiada sempadan
tapi jika marah tak nampak telinga
musuh dicari ke lubang cacing
tak dapat tanduk telinga dijinjing
maruah dan agama dihina jangan
hebat amuknya tak kenal lawan.


Berdamai cara Melayu indah sekali
silaturrrahim hati yang murni
maaf diungkap sentiasa bersahut
tangan diulur sentiasa bersambut
luka pun tidak lagi berparut.


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
selagi ada yang sanggup diberikan
sehingga tercipta sebuah kiasan :
"dagang lalu nasi ditanakkan
suami pulang lapar tak makan,
Kera dihutan disusu-susukan
anak di pangkuan mati kebuluran."


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucap keyakinan
jika percaya kepada keadilan.


Jadilah bangsa yang bijaksana
memegang tali memegang timba
memiliki ekonomi mencipta budaya
menjadi tuan di negara Merdeka.





Read more...

Monday, August 18, 2008

Antara AUKU, Akhlak Dan Mentaliti Kebudakan Mahasiswa

Semalam, laporan akhbar berkaitan AUKU menjadi isu yang pastinya menarik perhatian umum khususnya bagi mereka yang pernah menjadi pemimpin mahasiswa/siswi di IPT tempatan. Saya turut tidak terkecuali.

Perhimpunan aman yang berlangsung di luar bangunan Parlimen itu saya fikir lebih baik dan molek berbanding perhimpunan pelajar UiTM di Shah Alam pada minggu lalu.

Namun itu bukan isunya. Soalnya kini, apakah AUKU perlu dihapuskan?
Apakah mahasiswa di Malaysia sudah matang atau lebih matang berbanding dahulu?

Sebagai salah seorang bekas gerakan mahasiswa, saya melihat AUKU masih ada relevannya untuk diteruskan. Ia memerlukan pindaan & bukannya penghapusan.

AUKU tidak menghalang sepenuhnya para mahasiswa untuk berfikiran kritis dan bersuara. Apa yang berlaku sebenarnya ialah mahasiswa di Malaysia adalah manusia 'spoon feeding', manja dan lembab berfikir.
Mahasiswa Malaysia sekadar tahu membaca buku, menghafal dan akhirnya mencapai pointer cemerlang hanya di atas kertas. Mereka juga tidak berminat untuk terlibat dalam aktiviti persatuan seperti MPP,MPI mahupun aktiviti Debat & Pidato. Saya percaya bagi mereka yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sebegini mempunyai pandangan dan ideologi serta peribadi yang dinamik.

Lihat sahaja paperworks @ presentation yang dibuat oleh mahasiswa - selalunya di ambil sepenuhnya dari manual pembelajaran dan sedikit bahan rujukan perpustakaan. Amat sukar melihat presentation yang up to date, dikaitkan dengan senario semasa beserta hujah yang mantap. Kalau nak bercakap di hadapan dewan kuliah pun masih tergagap dan melongo bagaimana hendak bersuara di khalayak umum?

Sewaktu di universiti dahulu, majalah MASSA, Time dan Newsweek adalah antara bahan bacaan wajib saya setiap minggu. Kerana itu, saya amat terasa apabila penerbitan majalah MASSA dihentikan. Isi kandungan majalah-majalah ini menjadi bahan yang memenuhi keperluan presentation. Ketika sahabat lain membuat presentation menggunakan power point @ kertas kajang, saya pula membawa pendekatan berbeza. Saya hanya menggunakan whiteboard marker lalu menconteng segalanya di hadapan bilik kuliah sambil memberi penerangan. Ada kawan-kawan yang kata "Kau ni dah macam lecturer kat depan, pandai membebel"

Bagaimana pula dengan mahasiswa kita pada hari ini? Apakah perkara yang sering mengisi masa lapang mereka? Melalui pemerhatian saya golongan remaja serta siswazah IPT membaca majalah seperti CLEO, Remaja dan leka bermain permainan komputer. Bukannya tidak boleh saudara, tetapi perlu di hadkan pembacaan sedemikian. Bahan bacaan seperti Millenia Muslim, Time, Newsweek dan Forward sepatutnya menjadi sebahagian dari 'library' mereka. Begitu juga buku-buku karya Robert T. Kiyosaki, Warren Buffet dsb.

Adakalanya apabila membuat interview, ada juga fresh graduates yang tidak tahu apa itu OIC, negara-negara ASEAN, WTO, NATO dan juga The Hague. Kalau tanya tentang artis, AF, cerita-cerita wayang picisan... memang mereka pandai. Beginikah product kelahiran universiti? "Eh, budak U ke?!"

Bagaimana pula tentang persoalan akhlak mahasiswa?
Kehidupan sosial mahasiswa/wi hari ini semakin tidak dapat dikawal. Pelbagai masalah sosial yang melibatkan pelajar universiti kian bertambah. Jumlah golongan lesbian, pengkid dan mak nyah di IPTA juga meningkat. Dah la jumlah lelaki di IPTA semakin pupus, ditambah pula dengan golongan mak nyah. "SAMPAH INTELEKTUAL APAKAH INI?"

Bukankah lebih baik sekiranya pihak IPTA bersama-sama dengan pergerakan pelajar terutamanya MPP, MPI dan Jawatankuasa Kolej berusaha menghapuskan 'sampah-sampah' ini terlebih dahulu sebelum berfikir tentang penghapusan AUKU.

Saya mengalu-alukan pindaan terhadap AUKU ini diteruskan untuk mendengar suara pelajar diberi perhatian. Platform-platform khas hendaklah diwujudkan agar mereka dapat memberi pandangan dan menyumbang kepada pembangunan sahsiah negara dalam ruang lingkup tertentu. Program seperti Bicara Siswa sahaja tidak cukup malah memperlihatkan ketandusan ilmu mahasiswa hari ini.

Mungkin juga program seperti debat dan pidato boleh dibuat dengan lebih kerap lagi di universiti tempatan dan disiarkan secara langsung di siaran televisyen pada waktu prima. Kerjasama media elektronik amat penting.
Atau mungkin juga kita boleh adakan program Akademi Debat/Pidato (seperti AQ dan AF) dalam mewacanakan pemikiran kritis golongan ini.

Mahasiswa/wi mampu menjadi think tank andai corak pemikiran mereka dapat dibangunkan dengan cara yang betul berteraskan nilai akhlak & sahsiah diri yang dinamis.

Sekian, terima kasih.

Read more...

Thursday, August 14, 2008

Aku Menulis

Penulisan merupakan suara..suara yang terdengar dalam diam..
bagi saya penulisan adalah pentas pengaliran ilmu,rasa dan jiwa yang seni..
saya menganggap seseorang penulis perlu mempunyai goal setting yang betul.
menulis bkn kerana nama, wang atau sebagainya.. Tetapi lebih kepada rasa tanggungjawab kerana ruang penulisan mampu mengubah pemikiran dan ideologi seseorang..

Dunia penulisan telah saya mulakan semenjak di zaman sekolah lagi..kini saya masih menulis & menghasilkan risalah sendiri yang saya edarkan di tempat kerja. Semua ini dilakukan kerana melihat pengkaryaan amat sesuai menjadi method dakwah.

Tak ramai orang yang akan datang ke surau mendengarkan kuliah.. namun edaran penulisan kepada setiap individu di pejabat menjadikan ilmu & pengetahuan itu berkembang lebih jauh..

Pada bulan lalu, seorang wanita menyerang email saya.. menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap cara saya.. saya terdiam..kenapa dgn dia?
Rupa-rupanya beliau merasakan penulisan yang saya lakukan selama ini bersifat ingin menunjuk2..
semangat saya tiba2 luntur..
Demi ALLAH, saya hanya ingin berdakwah. Menyampaikan sedikit ilmu dan pesanan disamping minat yang ada.

Namun ALLAH Maha Mengetahui. Pada hujung minggu lalu, saya diberi peluang menjadi kolumnis dalam majalah rasmi sebuah jabatan yang dikeluarkan secara berkala.

Alhamdulillah..bersyukurnya saya. selama hampir 3 tahun mengeluarkan risalah sendiri, dengan bajet sendiri, kini saya dapat menjadi kolumnis kecil.
Memang itu yang ingin sangat saya lakukan. Menjadi kolumnis!

Kalau sebelumnya method dakwah ini hanya sampai kepada 400 orang dalam pejabat, kini ia akan diedarkan keseluruh negara dengan anggaran 15,000 orang kakitangan jabatan.

wah!! nampaknya tanggungjawab semakin besar.
Ini sebahagian dari perjuangan saya dalam mencari dan menyatakan kebenaran.

Moga jalan ini diberi suluhan nur dari-NYA.
amin..

*selalu berangan nak ada kolum sendiri mcm Dr.Tuah..
hehehe...

Read more...

Tuesday, August 12, 2008

i'm back!!

dah lama saya tak tgk blog ni..huhuhu..
terlupa password da.....
mungkin gak takde siapa yg tgk blog saya..
tp insya'ALLAH saya akan mula menulis selepas ini..
hahaha!!!

Read more...

  © Blogger template Ramadhan Al-Mubarak by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP