Monday, August 18, 2008

Antara AUKU, Akhlak Dan Mentaliti Kebudakan Mahasiswa

Semalam, laporan akhbar berkaitan AUKU menjadi isu yang pastinya menarik perhatian umum khususnya bagi mereka yang pernah menjadi pemimpin mahasiswa/siswi di IPT tempatan. Saya turut tidak terkecuali.

Perhimpunan aman yang berlangsung di luar bangunan Parlimen itu saya fikir lebih baik dan molek berbanding perhimpunan pelajar UiTM di Shah Alam pada minggu lalu.

Namun itu bukan isunya. Soalnya kini, apakah AUKU perlu dihapuskan?
Apakah mahasiswa di Malaysia sudah matang atau lebih matang berbanding dahulu?

Sebagai salah seorang bekas gerakan mahasiswa, saya melihat AUKU masih ada relevannya untuk diteruskan. Ia memerlukan pindaan & bukannya penghapusan.

AUKU tidak menghalang sepenuhnya para mahasiswa untuk berfikiran kritis dan bersuara. Apa yang berlaku sebenarnya ialah mahasiswa di Malaysia adalah manusia 'spoon feeding', manja dan lembab berfikir.
Mahasiswa Malaysia sekadar tahu membaca buku, menghafal dan akhirnya mencapai pointer cemerlang hanya di atas kertas. Mereka juga tidak berminat untuk terlibat dalam aktiviti persatuan seperti MPP,MPI mahupun aktiviti Debat & Pidato. Saya percaya bagi mereka yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sebegini mempunyai pandangan dan ideologi serta peribadi yang dinamik.

Lihat sahaja paperworks @ presentation yang dibuat oleh mahasiswa - selalunya di ambil sepenuhnya dari manual pembelajaran dan sedikit bahan rujukan perpustakaan. Amat sukar melihat presentation yang up to date, dikaitkan dengan senario semasa beserta hujah yang mantap. Kalau nak bercakap di hadapan dewan kuliah pun masih tergagap dan melongo bagaimana hendak bersuara di khalayak umum?

Sewaktu di universiti dahulu, majalah MASSA, Time dan Newsweek adalah antara bahan bacaan wajib saya setiap minggu. Kerana itu, saya amat terasa apabila penerbitan majalah MASSA dihentikan. Isi kandungan majalah-majalah ini menjadi bahan yang memenuhi keperluan presentation. Ketika sahabat lain membuat presentation menggunakan power point @ kertas kajang, saya pula membawa pendekatan berbeza. Saya hanya menggunakan whiteboard marker lalu menconteng segalanya di hadapan bilik kuliah sambil memberi penerangan. Ada kawan-kawan yang kata "Kau ni dah macam lecturer kat depan, pandai membebel"

Bagaimana pula dengan mahasiswa kita pada hari ini? Apakah perkara yang sering mengisi masa lapang mereka? Melalui pemerhatian saya golongan remaja serta siswazah IPT membaca majalah seperti CLEO, Remaja dan leka bermain permainan komputer. Bukannya tidak boleh saudara, tetapi perlu di hadkan pembacaan sedemikian. Bahan bacaan seperti Millenia Muslim, Time, Newsweek dan Forward sepatutnya menjadi sebahagian dari 'library' mereka. Begitu juga buku-buku karya Robert T. Kiyosaki, Warren Buffet dsb.

Adakalanya apabila membuat interview, ada juga fresh graduates yang tidak tahu apa itu OIC, negara-negara ASEAN, WTO, NATO dan juga The Hague. Kalau tanya tentang artis, AF, cerita-cerita wayang picisan... memang mereka pandai. Beginikah product kelahiran universiti? "Eh, budak U ke?!"

Bagaimana pula tentang persoalan akhlak mahasiswa?
Kehidupan sosial mahasiswa/wi hari ini semakin tidak dapat dikawal. Pelbagai masalah sosial yang melibatkan pelajar universiti kian bertambah. Jumlah golongan lesbian, pengkid dan mak nyah di IPTA juga meningkat. Dah la jumlah lelaki di IPTA semakin pupus, ditambah pula dengan golongan mak nyah. "SAMPAH INTELEKTUAL APAKAH INI?"

Bukankah lebih baik sekiranya pihak IPTA bersama-sama dengan pergerakan pelajar terutamanya MPP, MPI dan Jawatankuasa Kolej berusaha menghapuskan 'sampah-sampah' ini terlebih dahulu sebelum berfikir tentang penghapusan AUKU.

Saya mengalu-alukan pindaan terhadap AUKU ini diteruskan untuk mendengar suara pelajar diberi perhatian. Platform-platform khas hendaklah diwujudkan agar mereka dapat memberi pandangan dan menyumbang kepada pembangunan sahsiah negara dalam ruang lingkup tertentu. Program seperti Bicara Siswa sahaja tidak cukup malah memperlihatkan ketandusan ilmu mahasiswa hari ini.

Mungkin juga program seperti debat dan pidato boleh dibuat dengan lebih kerap lagi di universiti tempatan dan disiarkan secara langsung di siaran televisyen pada waktu prima. Kerjasama media elektronik amat penting.
Atau mungkin juga kita boleh adakan program Akademi Debat/Pidato (seperti AQ dan AF) dalam mewacanakan pemikiran kritis golongan ini.

Mahasiswa/wi mampu menjadi think tank andai corak pemikiran mereka dapat dibangunkan dengan cara yang betul berteraskan nilai akhlak & sahsiah diri yang dinamis.

Sekian, terima kasih.

  © Blogger template Ramadhan Al-Mubarak by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP