Monday, September 22, 2008

Catatan di Akhir Ramadhan

Ketika Ramadhan hampir tiba di penghujungnya, saya telah pun mula memikirkan journey tahun hadapan..semacam ada sesuatu yang terbuku. Yang hendak dicapai. Saya mula mencatatkan matlamat utama. Mesti berjaya pada 2009 dan yang terpenting mencapai kestabilan hidup sebelum mencecah 30 tahun.

Melihat kepada perkembangan semasa, betapa perlunya untuk kita sentiasa berusaha memperbaiki diri. Apatah lagi umat melayu. Betapa malangnya kalau tak dapat tegak berdiri di bumi sendiri. Perkembangan politik tanah air, dilemma eko-no-money, masalah peradaban bangsa dan penyelewengan akidah semakin menular.

Kentalkan jiwa, merdekakan minda. Kerana tiada gunanya tanah ini merdeka andai isinya terus dijajah!!

Fikir-fikirkan dan selamat beramal...

1 comments:

al-razi959 September 22, 2008 at 10:23 PM  

"Merdekakan minda"...ke mana arah "merdeka" yang menjadi tafsiran itu yang menjadikan kita unik antara satu sama lain...

  © Blogger template Ramadhan Al-Mubarak by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP