Sunday, September 28, 2008

'Jom Ronda' - PROTON

Malam tadi (28/9/2008), seperti biasa saya menonton rancangan 'Jom Ronda Bersama Proton' di TV3 sambil berbuka puasa. Rancangan ini sememangnya telah saya ikuti sejak awal siarannya lagi kerana ia berbentuk informatif dengan gaya persembahan yang menarik disamping pengacaraan yang santai oleh A.G dan Dira.

Rancangan pada setiap Ahad jam 7.30 malam ini bertujuan memberi informasi kepada pengguna kereta tentang cara penjagaan kereta, penjimatan minyak dan juga eksosori kenderaan. Saya melihat ini sebagai satu usaha yang positif dari pihak Proton.

Bagaimanapun pada malam tadi ketika menonton rancangan ini saya tersenyum seketika dan terdetik dalam hati "haha! ada bahan aku nak tulis dalam blog ni".

Pada setiap minggu sepanjang tayangannya akan disiarkan salah satu iklan favourite saya. Iklan Proton & JPJ berkaitan penggunaan tali pinggang keledar belakang (yang ada hantu ala-ala Jangan Pandang Belakang). Iklan tersebut memang melucukan dengan mesej yang baik. Namun apa yang membuatkan saya tersenyum adalah apabila melihat kesemua yang terlibat dalam rancangan pada malam tadi tidak memakai tali pinggang keledar. Bukan sahaja penumpang di belakang, malah pemandu dan penumpang bahagian hadapan juga tidak menggunakannya!!

Apakah kenderaan yang dipandu malam tadi tidak mempunyai tali pinggang keledar? Mungkin agaknya (saya bersangka baik). Tetapi kalaulah kereta tersebut tidak mempunyai tali pinggang keledar, maka kereta itu tidak sepatutnya digunakan untuk rancangan ini kerana apa gunanya memberi mesej keselamatan sekiranya tidak dipraktikkan melalui program tersebut.. Bersama kita renungkan.

Moga pihak produksi mengambil inisiatif dalam memperbaiki kelemahan yang ada.
Selamat berjaya.

1 comments:

al-razi959 September 28, 2008 at 8:40 PM  

agaknya tika rancangan itu dibuat, hanya gimik semata kerana bukan kereta itu dipandu, tetapi ditarik.

Walauapapun, saya setuju dengan mesej yang saudara cuba sampaikan. Sungguh tajam mata saudara..(seperti biasa dari 1-1-8)

hehehe

  © Blogger template Ramadhan Al-Mubarak by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP